Kelab Sukan & Kebajikan MOCCIS
"MEMUPUK KESEJAHTERAAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN"
Kelab Sukan & Kebajikan MOCCIS (KSKM) merupakan sebuah inisiatif yang diwujudkan bagi memupuk keseimbangan, kesejahteraan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja MOCCIS. KSKM berperanan menjaga kebajikan serta membantu memenuhi keperluan kakitangan yang berdepan dengan kesulitan, di samping meraikan kejayaan dan detik-detik bermakna bersama seluruh warga MOCCIS.
Kejayaan setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KSKM didorong oleh komitmen serta penglibatan aktif ahlinya yang terdiri daripada kakitangan MOCCIS. Semangat kerjasama, keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh setiap ahli menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, positif dan sejahtera.
PENAUNG
CARTA ORGANISASI KSKM 2025/2026

En. Mohd Hasrul Bin Abdullah
PRESIDEN

Cik Ifarizaini Binti Ibrahim
TIMBALAN PRESIDEN

Pn Roidiah Binti Jaafar
SETIAUSAHA

Pn. Nik Ralina Binti Ahmad
BENDAHARI

En. Muhamad Amal Fikri Bin Azman Shaar
BIRO KEAGAMAAN

Pn. Noorzita Binti Samah
BIRO KEAGAMAAN

Pn. Norizan Binti Othman
BIRO KEBAJIKAN

En. El Dimashqi Bin El Hakim
BIRO KEBAJIKAN

En. Ezmeer Hasyimi Bin Mohd Osman
BIRO SUKAN & REKREASI

En. Muhamad Haziq Bin Mohamad Nazri
BIRO SUKAN & REKREASI
BIRO KEAGAMAAN
- Menganjurkan program-program keagamaan untuk meningkatkan kefahaman dan memperkukuh amalan kerohanian dalam kalangan kakitangan, termasuk aktiviti seperti bacaan Yasin, tahlil, dan program khas antaranya sambutan bulan Islam seperti Ramadan, Maulidur Rasul dan lain-lain.
BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
- Bertanggungjawab menyediakan saluran bantuan dan sumbangan kepada kakitangan yang menghadapi kesulitan.
- Menguruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KSKM, memastikan kelab dan koperasi memainkan peranan positif dan aktif dalam membantu masyarakat luar.
BIRO SUKAN & REKREASI
- Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui penganjuran aktiviti sukan, rekreasi, dan percutian/lawatan.
- Memperkukuh hubungan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan kakitangan melalui penglibatan dalam acara sukan dan rekreasi antaranya sambutan Hari Keluarga, Kejohanan Bowling Tahunan Kakitangan dan lain-lain.

