Syarat

Ingin menjadi ANGGOTA MOCCIS dan melayakkan ANDA mendapatkan keistimewaan anggota. Jom sertai KAMI!!!

Syarat ANGGOTA:
a) Terbuka kepada semua Pegawai Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan bulanan minimum RM700.00 (gaji pokok + elaun tetap bulanan) ke atas dan berkhidmat dengan:
– Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
– Badan Berkanun
– Syarikat Milik Kerajaan
– Koperasi ini atau subsidiarinya
– Syarikat Swasta yang mendapat Kelulusan Lembaga
b) Warganegara Malaysia.
c) Berumur 18 tahun ke atas.
d) Bebas daripada sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar/bankrap/pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.