Kelab Sukan & Kebajikan MOCCIS

"MEMUPUK KESEJAHTERAAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN"

Kelab Sukan & Kebajikan MOCCIS (KSKM) berfungsi sebagai satu inisiatif untuk memastikan keseimbangan dan kesejahteraan dalam kalangan kakitangan yang berkhidmat di MOCCIS. Berperanan dalam menjaga kebajikan dan keperluan kakitangan yang menghadapi kesusahan serta berkongsi kegembiraan/kejayaan bersama. Ahli KSKM yang terdiri daripada kakitangan MOCCIS merupakan pemacu utama dalam menjayakan aktiviti/program yang diadakan.

 

PENAUNG

Tn. Haji Mohd Nor Bin Abu Bakar

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)

Cik Nurulfaizul Azwa Binti Abdul Salam

KETUA PEGAWAI OPERASI (COO) 

 

CARTA ORGANISASI KSKM 2025/2026

En. Mohd Hasrul Bin Abdullah

PRESIDEN

Cik Ifarizaini Binti Ibrahim

TIMBALAN PRESIDEN         

Pn Roidiah Binti Jaafar

SETIAUSAHA

Pn. Nik Ralina Binti Ahmad

BENDAHARI

En. Muhamad Amal Fikri Bin Azman Shaar

BIRO KEAGAMAAN

Pn. Noorzita Binti Samah

BIRO KEAGAMAAN

Pn. Norizan Binti Othman

BIRO KEBAJIKAN

En. El Dimashqi Bin El Hakim

BIRO KEBAJIKAN         

En. Ezmeer Hasyimi Bin Mohd Osman

BIRO SUKAN & REKREASI

En. Muhamad Haziq Bin Mohamad Nazri

BIRO SUKAN & REKREASI

BIRO KEAGAMAAN

  • Menganjurkan program-program keagamaan untuk meningkatkan kefahaman dan memperkukuh amalan kerohanian dalam kalangan kakitangan, termasuk aktiviti seperti bacaan Yasin, tahlil, dan program khas antaranya sambutan bulan Islam seperti Ramadan, Maulidur Rasul dan lain-lain.

 

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

  • Bertanggungjawab menyediakan saluran bantuan dan sumbangan kepada kakitangan yang menghadapi kesulitan.
  • Menguruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KSKM, memastikan kelab dan koperasi memainkan peranan positif dan aktif dalam membantu masyarakat luar.

 

BIRO SUKAN & REKREASI

  • Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui penganjuran aktiviti sukan, rekreasi, dan percutian/lawatan.
  • Memperkukuh hubungan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan kakitangan melalui penglibatan dalam acara sukan dan rekreasi antaranya sambutan Hari Keluarga, Kejohanan Bowling Tahunan Kakitangan dan lain-lain.