Kenali Kami

Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) atau dahulu dikenali sebagai Malay Officers Cooperative Credit and Investment Society (MOCCIS) ditubuhkan pada 4 Julai 1934, merupakan salah sebuah koperasi terbesar di Malaysia yang menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Berfokus kepada koperasi kredit dalam menyediakan pinjaman pembiayaan buat anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Melangkau usia ke-90 tahun, MOCCIS kini meluaskan perniagaan dan perkhidmatan yang merangkumi pelbagai bidang antaranya perhotelan dan hospitaliti, resort, perladangan, sistem pengurusan berkomputer dan sebagainya.

Hingga ke hari ini, MOCCIS komited dalam memberi persediaan dan mengekalkan persekitaran sihat serta selamat untuk semua kakitangan dan pelanggan untuk penyediaan maklumat, latihan dan keperluan penyeliaan. MOCCIS juga meletakkan keutamaan tinggi dan percaya kepada organisasi untuk mematuhi undang-undang berkaitan dan keperluan perundangan.

moccis staff

Misi

Memberi peluang, dorongan, bantuan dan galakkan dalam penyediaan kemudahan serta faedah kepada anggota dan kakitangan untuk kemajuan diri mencapai kejayaan ekonomi yang baik dengan sikap dan minda positif bersandarkan amalan budaya kerja cemerlang.

Membantu dan memberikan kemudahan serta faedah dalam mendorong, memberi peluang dan galakkan kepada anggota serta kakitangan untuk memajukan diri mencapai kejayaan ekonomi yang baik dengan sikap dan minda positif.

Memberikan kemudahan dan faedah kepada anggota serta kakitangan untuk memajukan diri mencapai kejayaan ekonomi dengan bantuan, dorongan, peluang dan galakan melalui sikap dan minda positif berlandaskan amalan budaya kerja cemerlang.

Visi

Menjadikan MOCCIS antara 100 koperasi terbaik di Malaysia.

Menjadikan MOCCIS koperasi terbaik dalam memberikan perkhidmatan, produk dan keperluan di Malaysia.

Menjadikan MOCCIS koperasi yang unggul dan cemerlang dalam kalangan terbaik di Malaysia.

Dasar Keselamatan

Setiap langkah yang munasabah dan praktikal untuk melaksanakan serta membangunkan budaya kerja selamat dalam semua aspek aktiviti bagi mengurangkan pendedahan terhadap risiko keselamatan dan kesihatan. Asas dasar keselamatan dan kesihatan:

  1. Menyediakan dan mengekalkan kebersihan, kesihatan dan persekitaran kerja selamat untuk pekerja dan para pelanggan.
  2. Mewujudkan dan menguatkuasakan amalan kerja sihat dengan menyediakan latihan dan penyeliaan kearah mencapai objektif ini.
  3. Membangunkan satu budaya individu yang bertanggungjawab dan kebertanggungjawaban untuk diri sendiri serta pekerja dan kemudahan dibawah kawalannya.

Dasar Kualiti

Komited terhadap perkhidmatan bagi kepuashatian para pelanggan dan anggota koperasi melalui pengurusan berkualiti tinggi bersandarkan amalan budaya kerja cemerlang.