Penginapan
1) Dē MOCCIS Boutique Hotel
Dē MOCCIS Boutique Hotel, hotel terbaharu MOCCIS beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2022 yang terletak ditengah kawasan komersial dan perniagaan Kuala Lumpur, berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan Pusat Beli-belah Sunway Putra. Akses pengangkutan awam yang pelbagai di sekitar hotel memberikan kemudahan bagi menyelusuri kota metropolitan Kuala Lumpur.
Mempunyai kemudahan kafe, bilik mesyuarat dan ruang acara privasi yang bersesuaian untuk acara keraian mahupun majlis. Ruangan atas terbuka (sky lounge) berlatarbelakangkan pemandangan KLCC dan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur menjadi tarikan untuk rehat dan santai. Kapasiti 39 bilik hotel yang pelbagai jenis dilengkapi moden dan baharu antaranya pemanas air berteknologi tinggi, Android TV dan kemudahan Wi-Fi. Tawaran istimewa 20% potongan harga bagi kadar bilik, khusus bagi kakitangan, anak syarikat dan anggota Koperasi MOCCIS.
Website hotel: www.democcishotel.com.my
FB: DeMoccisBoutiqueHotel
Instagram: officialdemoccisboutiquehotel
Pertanyaan/maklumat lanjut:
Tel: 03-40500003
E-mel: democcis.sales@gmail.com
Alamat: 260G, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur
2) Dē MOCCIS Lake Resort
Dē Moccis Lake Resort ialah penjenamaan semula bagi Homestay Ladang MOCCIS yang terletak di Changkat Jong Teluk Intan, daerah Hilir Perak. Dilengkapi dengan kemudahan penginapan berkonsepkan Villa dan pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan. Sering menjadi tumpuan keluarga pada hujung minggu untuk bercuti.
Zoo mini menempatkan spesis Rusa Bintik, burung unta, kucing Bengal, landak dan pelbagai jenis haiwan jinak menjadi salah satu daya tarikan yang ada. Berkayak, memancing, menunggang ATV, berbasikal mahupun hiking boleh dijadikan pilihan bagi yang mengemari aktiviti rileks dan santai disekeliling resort.
FB: MOCCISLakeResort
Instagram: democcislakeresort
Pertanyaan/maklumat lanjut:
Tel: 05-6211122/ 013-690 0090
Fax: 05-6214128
E-mel: democcislakeresort@gmail.com
Alamat: KM14, Jalan Changkat Jong 36000 Teluk Intan, Perak