Ruang Acara
Dē MOCCIS Boutique Hotel, Kuala Lumpur
Terletak di tengah pusat komersial dan perniagaan Kuala Lumpur, berhampiran dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan pusat beli-belah Sunway Putra Mall. Dē MOCCIS Boutique Hotel menawarkan ruang acara khas untuk anda mengadakan mesyuarat, seminar, acara keraian mahupun jamuan makan dengan kapasiti minimum 12 orang hingga ke 80 orang dalam suatu masa.
Taming Sari 1 : Dewan utama yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 50 ke 80 orang mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi dengan meja dan kerusi yang selesa. Disertakan dengan kemudahan bagi memastikan sebarang program yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan berkesan. Bersesuaian untuk mesyuarat, seminar, pusat latihan dan acara keraian.
Tun Teja : Berkonsepkan ruang dalaman dengan keselesaan yang boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa. Bersesuaian untuk anda yang mencari ruang privasi bagi acara keramaian ataupun sambutan keraian. Dilengkapi dengan kemudahan pa system yang menambahkan lagi kemeriahan acara yang diadakan.
Paduka : Ruang acara paling kecil bersesuaian untuk anda yang mengadakan acara tetapi tidak terlalu ramai. Boleh digunakan sebagai bilik mesyuarat berskala kecil atau makan malam yang melibatkan sehingga maksimum 15 orang.
Ledang Skyview Lounge (Rooftop) : Bagi anda yang mahu mengadakan acara dengan berkonsepkan luaran dan mempunyai ruang terbuka Ledang Skyview Lounge, terletak di bahagian atas bangunan hotel, memberikan pemandangan KLCC dan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan. Sesuai untuk acara atau majlis yang diadakan pada waktu malam dengan kapasiti sehingga 70 orang dalam satu masa.
Untuk tempahan/pertanyaan:
Telefon: +603 3040 0003
WhatsApp: +6010-864 9504
E-mel: moccisd@gmail.com
Dē MOCCIS Lake Resort, Teluk Intan, Perak
Terletak di dalam kawasan Ladang MOCCIS, Dē MOCCIS Lake Resort menawarkan suasana tenang yang jauh dari kesesakkan bandar, mewujudkan persekitaran yang damai dan healing dikelilingi alam semula jadi. Menawarkan kemudahan ruang acara yang bersesuaian untuk menjadikan acara keraian anda lebih sempurna.
Dē 1 MOCCIS Banquet Hall : Dewan utama yang terletak dalam perkarangan Dē MOCCIS Lake Resort dengan rentuk bentuk luaran serta dalaman berkonsepkan industrial dan minimalis mampu memuatkan seramai 400 hingga 500 orang tetamu dalam satu masa. Dewan yang berhawa dingin berserta kemudahan pa system, skrin LED, audio-visual berkualiti tinggi dan kerusi/meja, menjadikan acara anda lebih lengkap dibawah satu bumbung. Bersesuaian untuk majlis perkahwinan, majlis konvokesyen, forum, seminar dan acara yang berskala besar.
Dewan Sri Penampang : Terletak di dalam bangunan clubhouse, dewan yang berdindingkan kaca amat bersesuaian bagi anda yang mahu mengadakan acara keraian/keramaian bersaiz sederhana dengan lebih santai. Boleh memuatkan sehingga sehingga 100 orang, lengkap dengan kemudahan kerusi/meja, pa system asas dan skrin projektor. Bersesuaian untuk mengadakan mesyuarat, acara makan malam, latihan berkumpulan dan sebagainya.
Untuk tempahan/pertanyaan:
Telefon/WhatsApp : +6012-615 9090
E-mel : de1moccis2024@gmail.com






